<$BlogRSDURL$>
 'Ke Arah Menjana Masyarakat Madani'
 'Ke Arah Menjana Masyarakat Madani'
Tuesday, July 12, 2005
Serulah Ke Jalan Tuhanmu Dengan Hikmah Dan Bijaksana ( siri 1 )

Setiap individu muslim wajib menyebarkan syiar Islam kepada semua orang. Untuk memikat hati seseorang pada permulaannya memerlukan cara dan teknik yang bijaksana. Apakah langkah yang harus dilakukan apabila mahu berkenalan dengan berkasih sayang dengan seseorang selaras dengan seruan Nabi s.a.w sendiri agar kita saling menyayangi sesama Islam.

Baginda pernah bersabda : “ Demi Tuhan yang memegang Muhammad berada ditangan Nya, kamu sesekali tidak akan masuk syurga sehinggalah kamu beriman, dan tidak sempurna iman kamu sehinggalah kamu saling mengasihi. Mahukah jika aku tunjukkan kepada kamu suatu perkara yang apabila kamu melakukannya kamu dapat kasih sayang ? Iaitu menyebarkan salam di antara kamu.”

Bagi membuka hati seseorang ialah dengan memberi salam samada kepada orang yang dikenali atau yang tidak dikenali. Nabi s.a.w mengajar umatnya agar memberi salam secara berhadapan kerana wajah setiap manusia itu adalah cermin dirinya sendiri. Seterusnya kita digalakkan supaya menghadiahkan senyuman yang manis kepada saudara kita bersesuaian dengan sabda baginda :” Senyumanmu kepada saudaramu adalah sedekah.” Senyuman yang terbit dari hati yang ikhlas boleh mengerakkan hati dan menghidupkan jiwa seseorang. Senyuman ibarat cahaya matahari yang memancar ke dalam hati lalu memusnahkan kegelapan yang ada. senyuman itu hendaklah disertakan dengan pandangan yang menusuk ke kalbu, barulah ia berkesan.

Langkah seterusnya diikuti dengan perkenalan antara satu sama lain, maka satu ikatan halus akan terjalin antara dua orang muslim. Selalulah mendoakan kebaikan dan kesejahteraan sahabat sekalipun dia tidak berada jauh di mata. Mengambil kata – kata dari Imam Hasan Al Banna, iaitu perkara asas dalam menjalankan dakwah adalah berkenalan dan berkasih sayang. Perkara yang perlu diberi perhatian oleh para pendakwah adalah berperingkat - peringkat dalam melaksanakan sesuatu tugasan memberikan hasil yang berlipat ganda. Sedangkan Al Quran diturunkan kepada Rasulullah s.a.w secara berperingkat bagi memudahkan lagi pemahaman, maka mengapa kita perlu tergesa – gesa dalam melakukan sesuatu ?
# oleh - chy_ketenteramanku | jam - 9:42 AM
Sunday, May 08, 2005
Jalan ke hati ( Ulasan buku Jalan Ke Hati – Abbas as- Saisi )


Tugas kita ialahuntuk membangunkan pemuda – pemuda Islam yang sudah lama tidur ! kita sebenarnya memerlukan getaran rohani untuk mengejutkan jiwa dan fikiran yang sedang tidur nyenyak dan perlu menyalakan semangat yang hampir terpadam kerana kezaliman.

Namun, perkara pokok yang perlu diingat oleh seorang dai’e di sepanjang perjalanan dakwahnya ialah kita tidak berdaya untuk memberi hidayah kepada mereka. Perkara ini diterangkan oleh Allah dalam firmanNya yang bermaksud :

Bukanlah kewajipan kamu menjadikan mereka mendapat petunjuk akan tetapi Allahlah yang memberi petunjuk sesiapa yang dikehedaki Nya (Surah Al Baqarah :272)


Tarikan hati

Setiap manusia yang Allah jadikan semuanya memiliki keupayaan menerima dan menghantar. Jika hilang keupayaan itu maka hilanglah jiwa dan rahsia kewujudan mereka. Deria dan hati umpama dua talian telefon yang sentiasa bersambung manakala zikrullah pula adalah nombornya. Apabila kedua-dua talian ini berhubung maka satu daya magnet yang kuat akan terhasil dan daya ini akan dapat menarik hati dan perasaan orng lain untuk mengikutinya.

Setiap manusia mempunyai daya magnet ini. Bezanya samada kuat atau lemah sahaja. Seseorang pendakwah yang diberikan taufik dan ma’unah oleh Allah akan memperolehi daya magnet yang tinggi jika mereka benar-benar taat pada segala perintah Allah dan berusaha dalam memperhambakan diri pada Nya.

Jika batu boleh rasa takut pada Allah maka bagaimana mungkin kita sebagai manusia yang diberikan akal, hati dan deria yang istimewa tidak boleh menggunakan segala kemudahan itu untuk merasai kebesaran dan keesaan Nya. Kita boleh memiliki sensitivity yang lebih baik dari batu itu jika kita selalu berdoa dan meminta pada Nya.

Maksud : (Berkata Musa) : Ya Tuhanku, lapangkanlah dadaku untukku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekauan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku. ( Surah Toha : 25:28)








Bidang tugas seorang pendakwah

Tugas dan peranan seorang penceramah tidak sama dengan seorang pendakwah. Penceramah mengajak manusia supaya beriman pada Allah dengan cara usuluddindan akidah Islam di samping menyuruh mereka supaya beradab dengan adab – adab Islam dan beramal dengan hukum-hukumnya.

Manakala pendakwah pula berusaha menyeru manusia supaya berpegang dengan ajaran Islam dan menyampaikan kepada mereka perutusan alam yang boleh menyelamatkan manusia dari kebinasaan.juga berperanan untuk membangkitkan umat Islam supaya merealisasikan matlamat-matlamat agama yang suci. Dia sebenarnya melaksanakan kehendak Islam pada dirinya agar setiap perlakuan, percakapan dan adabnya dapat berfungsi sebagai pemangkin dalam usaha dakwahnya itu.


Bijak dan ikhlas dua sifat pendakwah (kata-kata Syeikh Muhammad Al Ghazali)


Apa yang dimaksudkan bijak akal bukan bijak yang melampau-lampau. Memadailah jika seseorang itu dapat melihat sesuatu itu dengan seadanya,tidak menambah atau mengurangkannya.

Begitu juga dengan ikhlas hati bukanlah bermaksud jujur bendul. Tidak dimaksudkan juga jujur yang tidak berbelah bahagi seperti para malaikat kerana kita manusia yang ada fikiran yang boleh menaakul dan hati yang boleh berubah. Cukuplah keikhlasan itu ditakrifkan sebagai melakukan sesuatu dengan kerelaan dan rasa kasih kepada yang lain tidak terlalu dipengaruhi oleh perasaan.

Seorang pendakwah juga bukanlah seorang penghukum. Dimana, seorang pendakwah perlu menggunakan kebijaksanaanya dalam menangani sesuatu. Bukanlah menggunakan hukum bagi mencegah manusia dari berbuat kemungkaran.


Kasih kerana Allah adalah jalan ke hati


Berkasih sayang dan saling mencintai semata-mata kerana Allah adalah jalan yang paling mudah meresap ke dalam hati. Jika sesuatu perasaan tidak diluahkan bahkan dipendamkan begitu sahaja maka ditakuti tindakan itu akan mengundang kesan yang sebaliknya.

Seseorang muslim sejati, dia tidak akan menyalahgunakan setiap kelebihan dan nikmat yang diberikan. Jika dia berkasih sayang, dia tidak pula terlalu membiarkan perasaan itu hingga boleh menjejaskan tugas-tugasnya yang lain. Bahkan dia akan menggunakan kesempatan itu untuk memperbetulkan mana yang silap,mendidik,membangkit semangat, menyebarkan dakwah dan sebagainya. Dia juga mampu mempastikan kasihnya itu ke arah jalan yang betul, jalan yang boleh membantunya untuk mempertingkatkan amal ibadah dan ketakwaan kepada Allah, bukan jalan yang boleh melalaikan dan membinasakannya.

Darjat kecintaan yang paling tinggi dan agung ialah cinta yang boleh membawa tuannya kearah ketakwaan demi menyebarkan Islam ke seluruh alam rahmatan lil alamin.

Pesanan Imam Hasan Al Banna


Orang seperti kita dalam perjalanan ini, gelora lautan yang luas sentiasa mengelilingi kita. Sebagaimana dakwah, ia kerapkali dihalang oleh pukulan badai dan gelora yang ganas. Perahu yang kecil akan terumbang ambing ke kiri dan ke kanan. Jika kita duduk di dalam perahu itu kita akan merasatakut, cemas dan bimbang. Katakanlah jika kita tukar enjin kepada layer dan pendayung, sudah tentu lebih mencabar dan memerlukan kesungguhan. Namun, kita mungkin akan sampai lewat dari orang lain, tetapi kesungguhan dan usaha yang tiada henti walaupun sampai lewat adalah lebih baik dari berhenti di tengah jalan dan langsung tidak sampai ke destinasi yang dituju.

Beliau menambah lagi : “ Ada juga orang yang terus berhenti mengayuh sampan sebaik sahaja rebut mula melanda. Dia akan segera memakaikan pelampung ke badannya lalu meniarap untuk berdayung menuju ke daratan dengan badannya diikatkan pada sampan. Teknik ini sebenarnya lebih susah dari teknik tadi tetapi ia mungkin satu-satunya cara yang paling baik pada waktu-waktu kecemasan untuk sampai ke destinasi yang ditujunya walaupun ketibaanya lebih lewat dari orang lain. Namun, dia sekurang-kurangnya usaha dengan penuh sabar dan bijak sehingga akhirnya dia berjaya mencapai matlamatnya , tanpa menggunakan teknik-teknik songsang yang mungkin akan mengendalakan teru pelayarannya itu”.

Penutup


Firman Nya yang bermaksud :
” Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka sendiri mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. ( Surah ar Ra’du : 11)

Hati dan akal perlu bersatu, barulah nilai kemanusiaan dapat dijaga dan dinilai dari sudut nurani dan renungan jauh ke masa hadapan.

Dakwah sebenarnya adalah suatu seni yang amat tinggi nilainya dan memerlukan kepakaran dan kemahiran kerana ia berkaitan dengan kepercayaan dan keyakinan. Selain dari ilmu dakwah, kebolehan pancaindera dan deria juga amat penting untuk lebih menjayakan lagi misi yang dilaksanakan.
# oleh - chy_ketenteramanku | jam - 4:18 PM
Friday, March 04, 2005
HADITH 34
TERJEMAHAN:
Dari Abi Said al-Khudriradiyallahu”anh katanya:Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda : Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran,maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangan.Jika sekiranya ia tiada kuasa maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya.Jika sakiranya ia tiada juga berkuasa,maka hendaklah ia mengubahnya dengan hatinya.Dan yang sedemikian itu(iaitu mengubah dengan hati) adalah selemah-lemah iman.
Diriwayat oleh Muslim
Konklusi Hadith
1.Mencegah kemungkaran
Kemungkaran adalah suatu yang diingkarkan oleh syara’ atau perkara yang ditegah
Merupakan tanggungjawab mencegah kemungkaan
“Sesungguhnya Allah tiada menyiksa orang ramai dengan perbuatan orang-orang tertentu hingga meraka melihat mungkar itu berlaku ditengah-tengah mereka,sedangkan mereka berkuasa untuk mengingkarinya,Sekiranya,meraka perbuat yang demikian itu,maka Allah menyiksa orang ramai dan orang yang tertentu.”
2.Mengubah kemungkaran dengan tangan,lidah dan hati
Mengubah dengan tangan ialah mengubah dengan kekuatan atau kekuasaan
Mengubah dengan lidah ialah memberi nasihat.
Mengubah dengan hati ialah membenci dengan hati.
# oleh - chy_ketenteramanku | jam - 9:19 PM
Friday, July 16, 2004
Godaan Syaitan Semasa Sakaratul Maut : Hubungan Kehidupan Dunia Dan Akhirat


Buku ini memperjelaskan dan memperingatkan kepada pembaca
secara ringkas dan tepat mengenai kehidupan kita yang tidak kekal di
dunia dan kematian serta kiamat yang pasti ketibaannya. Penulis
menceritakan bagaimana corak kehidupan manusia di dunia ini amat
mempengaruhi kehidupannya di alam yang kekal iaitu alam akhirat.
Seterusnya penulis berkongsi pengetahuannya mengenai nasib manusia
ini yang tidak akan terlepas dari godaan syaitan tidak kira semasa
masih hidup di dunia juga semasa menghadapi sakaratul maut.

Penulis menekankan tentang sikap manusia yang kebanyakannya
alpa tentang tujuan mereka dihidupkan dan lupa bahawa hidup di dunia
ini hanyalah sementara sahaja. Dalam usaha kita mendekatkan diri dan
mengesakan diri kepada Allah, terlalu banyak dugaan dan godaan yang
terpaksa kita tempuhi. Usaha syaitan untuk menyesatkan umat manusia
tidak hanya terhad semasa mereka masih hidup, tetapi juga pada saat
manusia menghembuskan nafas yang terakhir. Penulis memperkukuhkan
hujahnya mengenai godaan syaitan sewaktu sakaratul maut dengan sabda
Rasulullah s.a.w. yang bermaksud "Bahawa syaitan itu akan datang
kepada seseorang itu sebelum matinya (di waktu dalan sakaratul maut). Katanya: hendaklah engkau mati dalam agama Yahudi, matilah engkau dalam agama Nasrani." (Riwayat tarmizi dan Nasa'i)

Penulis juga menyentuh mengenai alam Barzakh yang merupakan
jarak masa bermula daripada roh berpisah dari tubuh sehinggalah hari
kiamat. Di alam kubur inilah tubuh terbaring di tempat yang gelap
dan sempit serta dingin. Seluruh tubuh juga akan dimakan ulat
sementara orang-orang yang beriman dan beramal soleh pula bagaikan
tidur di atas tilam sutera, sedap dan nyaman dan tekanan kubur itu
dirasakan bagai berada di pangkuan ibu. Bagi para syuhada yang
meninggal dunia mempertahankan agama pula, hidup mereka di Barzakh
amat menggembirakan. Berkata Said Al-Khudri r.a., bahawa Nabi
Muhammad s.a.w. telah bersabda:

"Bersabda Rasulullah s.a.w.: "para arwah itu mereka makan-
makan dan bersenang-senang selepas itu mereka bernaung di Arasy. Maka berkata Tuhan kepada mereka itu. Adakah kamu tahu apakah kemuliaan yang lebih baik dari kemuliaan yang kami kecap sekarang? Jawab mereka itu: Tidak ada yang lain, hanya kami ingin sekali supaya roh kami dikembalikan ke dalam tubuh kami supaya kami berperang sekali lagi. Berperang sambil mempertahankan agama Engkau." (Riwayat Muslim).

Di penghujung bab, penulis menceritakan mengenai peristiwa
kiamat di mana akan hancur dunia ini dan digantikan dengan alam yang
baru. Kiamat itu adalah sesuatu yang pasti dan ini disokong dengan
firman Allah yang bermaksud "Bahawa kiamat itu tidak dapat diragukan lagi." (Al-Kahfi 21). Pada hari kiamat, seluruh penjuru bumi akan bergoyang dan bumi akan memuntahkan segala isinya. Dari bumi akan keluar asap, batu-batu panas, pasir dan magma yang memusnahkan segalan tumbuhan, hidupan dan harta benda. Gunung-ganang akan berterbangan bagaikan kipas serta matahari akan mendekati bumi dimana air laut akan menjadi kering. Itu adalah diantara peristiwa yang akan berlaku semasa kiamat yang diketengahkan penulis. Setelah itu makhluk akan dibangkitkan semula di padang mahsyar dan segala amalannya akan ditimbang dan dibalas mengikut apa yang diperbuatnya di dunia dengan seadil-adilnya. Peristiwa kiamat ini amat mengerikan dan menggerunkan sehingga orang kafir rela untuk menjadi tanah kembali tetapi bagi orang Muslim, inilah khabar gembira yang dinanti-nantikan.

Kematian dan pembalasan yang akan diterima selepas itu adalah
sesuatu yang pasti. Mengingati dan menghayati konsep kematian adalah
satu motivasi diri yang terbaik supaya diri kita menjadi lebih insaf
dan tidak leka dengan khayalan dan keindahan dunia yang hanyalah
sementara. Dunia ini telah terlalu tua usianya, ditambah dengan
peperangan dn kemusnahan yang semakin menjadi-jadi. Waktu terjadinya
hari kiamat adalah rahsia Allah s.w.t., tetapi kita sebagai hambanya
perlu yakin bahawa semua ini pasti akan berlaku. Semoga kita semua
tergolong di antara golongan ornag-orang yang beriman dan mendapat
keredhaan Allah di dunia dan akhirat. Amin........



Judul: Godaan Syaitan Semasa Sakaratul Maut : Hubungan Kehidupan
Dunia Dan Akhirat
Pengarang: Muhammad Sofwan
Penerbit: Usnie Publisher
Mukasurat: 117 halaman
Pengulas: Siti Jamilah


# oleh - acah | jam - 1:08 AM
Monday, July 05, 2004
Enrique Mengundang Jauh

Novel ini mengisahkan seorang pemuda yang menjadi harapan kepada bapa mertuanya; Tuk Wi, isteri; Sofia, anak perempuan; Naria dan semua umat Melayu bagi melengkapkan misinya menakluk Eropah dengan menjejak hak Melayu di Eropah serta mencari bukti Panglima Awang @ Ariberto @ Enrique adalah manusia pertama mengelilingi dunia dan menemukan teori bumi itu bulat. Pemuda tersebut bernama Mazil penuh tekad di dada cekal menghadapi rintangan di rantau orang putih. Catatannya bermula di Turki kemudian ke Bulgaria lalu bertemu dengan Sophia seorang gadis yang banyak membantu tetapi pada masa yang sama sedikit mengganggu fikirannya. Pada peringkat pertengahan pengembaraan Mazil asyik teringatkan Sophia sekali sekala isterinya di Kampung Permatang, Melaka.

Oleh kerana tanggungjawabnya itu berat maka dia cuba melupakan Sophia. Tetapi misinya terbantut, kerana Mazil membuat keputusan berkahwin dengan Sophia atas dasar menyelamatkan akidah Islam seorang gadis dan menetap di Kota London. Rupanya malang yang menimpanya kerana jodohnya tidak berpanjangan, beberapa tahun selepas Sohpia melahirkan anak mereka, Sophia telah kembali ke pangkuan keluarganya di Bulgaria dan tidak lagi mendengar khabar berita daripada Mazil. Kehidupan yang sengsara di London menyebabkan anak telah ditumpangkan kepada keluarga angkat. Tanpa makluman Mazil keluarga angkat anaknya telah di didik dengan agama Kristian. Mazil yang berusaha membina kehidupan di London telah menukar namanya kepada Lambert Cale agar memudahkan dia mendapat kerja di sana dan mengelakkan diskrimisasi kaum.

Di Melaka pula, walaupun hampir berpuluh tahun Tuk Wi tidak mendapat perkhabaran daripada Mazil tetapi keyakinannya terhadap Panglima Awang sebagai orang pertama mengelilingi dunia tetap utuh. Lalu Tuk Wi meminta segala catatan yang pernah diutus oleh Mazil agar diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris supaya menjadi manuskrip yang boleh dirujuk orang putih tentang kebenaran sejarah Panglima Awang. Lester Roylizam merupakan seorang yang menjadi mangsa keadaan (terlibat secara tidak sengaja menyeberang masuk ke Malaysia daripada Indonesia secara haram) telah ditangkap oleh Pihak Imigrisen Malaysia. Tetapi telah dibantu oleh rakan universiti, Mei Hua seorang rakyat Malaysia secara kebetulan bertemu setelah cuba melepaskan diri daripada pusat tahanan sementara. Lester Roylizam yang telah membaca manuskrip sungguh mengkagumi Mazil lantas bertekad menyambung kembali misi Mazil bersama-sama dengan Mei Hua.

Akhirnya dia berjaya membuktikan kebenaran tentang Panglima Awang setelah menemui Hikayat Ariberto yang merupakan sambungan kepada karya Harun Aminurrashid. Bukan itu sahaja, sepanjang usahanya melengkapkan misi Mazil tersebut Lester Roylizam telah membongkar misteri keluarganya. Kalau pembaca ingin tahu misteri keluarga tersebut sila dapatkan novel ini disamping mencerna minda dengan fakta sejarah dan selang seli kalamullah.


Judul : Enrique Mengundang Jauh
Pengarang : H. M. Tuah Iskandar
Penerbit : Utusan Publishing & Distributors
Genre : Novel Remaja
Mukasurat : 467 halaman
Cetakan Pertama : 2003
Harga : RM22.00


# oleh - acah | jam - 1:19 AM

Powered by Blogger

:: CIT CAT FM ::

:: UNDIAN ::

:: TAHUKAH ANDA? ::

:: ARKIB ::
  • 07/01/2004 - 08/01/2004
  • 03/01/2005 - 04/01/2005
  • 05/01/2005 - 06/01/2005
  • 07/01/2005 - 08/01/2005
  • :: SENTUHAN KALAM ::
    "Tanggungjawab itu lebih banyak daripada masa yang ada"
    Hasan al-Banna

    :: SANTAPAN ::
    Utama
    PC Editor
    Fikrah
    Kampus
    Isu Semasa
    Bicara Tokoh
    Kupasan Buku
    Ekonomi
    Bahasa
    Rileks
    Infomasi
    Catatan Usrah
    Slot Motivasi
    Kertas Kerja
    Koleksi Resolusi
    Muhasabah Jiwa
    Lembaran Sirah
    HEWI
    Personaliti
    Doa Amalan
    Sains & Teknologi

    :: INPUT PEMBACA ::
    Fikrah Madani mengalu-alukan sebarang sumbangan karya atau komen daripada pembaca bagi mutu penerbitan kami. Segala karya yang tersiar menjadi hak milik penerbit.

    Hantar ke alamat:
    fikrahmadani@yahoo.com

    Editor Fikrah Madani
    Masjid Sultan Ismail,
    Universiti Teknologi Malaysia,
    81310 Skudai,
    Johor Darul Ta'zim.
    Sila sertakan nama penuh, alamat, nombor telefon dan jika masih menuntut, nyatakan institusinya.

    :: REDAKSI ::
    Penasihat
    Qandar
    Ketua Editor
    Pak An
    Editor
    Qadahus Nawzi
    Wartawan
    Rasa Oren
    Al-Ayubi
    Wanni
    Teeh
    Izahtul
    Penulis
    Qiadiy Legend
    Escore
    Suhadak
    Ibn Husin
    Pereka Kreatif
    Cireng
    Ajin
    acahmakenon